EN | BM

Tasnim Travel & Tours Sdn Bhd
79-2, Jalan SBC 1,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor, Malaysia.
 +603-6185 3807

 +603-6178 0424
 +603-6187 8207


 +6010-400 3040
   (
En.Mohd Isa Bin Mustaffa)

 +6012-481 8991
   (General Manager)

ATURCARA PERJALANAN UMRAH 11H 10M

Sebelumnya 1 / 1 Seterusnya


 
ATURCARA PERJALANAN 11 HARI 10 MALAM
 
 
TARIKH/HARI
 
 
PERKARA
 
HARI 01
 
KUALA LUMPUR – JEDDAH/MADINAH
Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserah kepada jemaah untuk bertolak ke Jeddah. Setibanya di Jeddah/Madinah, jemaah akan dibimbing oleh Mutawwif untuk dibawa menaiki bas menuju ke tempat penginapan  yang ditetapkan.
 
 
HARI 02
 
MADINAH
(ZIARAH DALAM)
 
Selepas sarapan, jam 7.30 pagi jemaah akan diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadah di Masjid Nabawi. 
 
Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi; sabda Rasulullah s.a.w:
 
“Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di 
Masjidil Haram”                                
 
 
HARI 03
 
MADINAH
(ZIARAH LUAR)
Jam 3.30 pagi, jemaah dinasihatkan bangun untuk solat Subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.30 pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk ziarah luar Madinah iaitu menziarahi Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, medan peperangan Khandaq dan Pasar Kurma.
 
 
HARI 04
 
MADINAH - MAKKAH
(UMRAH WAJIB)
Jam 3.30 pagi, jemaah dinasihatkan bangun untuk solat subuh di Masjid Nabawi. Kemudian, jemaah diminta membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas). Jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram Umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian, jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadah Umrah iaitu tawaf Baitullah, sa’i dan tahlul. Selesai Umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.
 
 
HARI 05
 
MAKKAH
Jam 4.00 pagi, jemaah dinasihatkan bangun untuk solat Subuh di Masjidil Haram.  Jemaah dinasihatkan rehat secukupnya dan bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan beribadah di Masjidil Haram.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
 
“Pada Ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah”
 
 
 
HARI 06
 
MAKKAH
(UMRAH SUNAT 1)
Jam 4.00 pagi, jemaah dinasihatkan bangun untuk solat subuh di Masjidil Haram. Jam 7.30 pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, jemaah akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk bermiqat (berniat ihram Umrah). Kemudian, jemaah akan dibawa ke Muzium Haramain & Ladang Unta (sekiranya mendapat keizInan).
 
 
HARI 07
 
MAKKAH
 
Jam 4.00 pagi, jemaah dinasihatkan bangun untuk solat Subuh di Masjidil Haram.  Jemaah dinasihatkan rehat secukupnya dan bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan beribadah di Masjidil Haram.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
 
“Pada Ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah”
 
 
HARI 08
 
MAKKAH
(UMRAH SUNAT 2)
 
Jam 4.00 pagi, jemaah dinasihatkan bangun untuk solat subuh di Masjidil Haram. Jam 7.30 pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel. Jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Thur, Jabal Rahmah di Arafah, Muzdalifah, Mina & Jabal Nur. Seterusnya, jemaah akan dibawa ke Masjid Jaaranah untuk bermiqat (berniat Ihram Umrah).
 
 
HARI 09 - 10
 
MAKKAH
Jam 4.00 pagi, jemaah dinasihatkan bangun solat Subuh di Masjidil Haram. Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Ceramah atau tazkirah akan diadakan bagi mengisi masa lapang jemaah.
 
 
HARI 11
 
JEDDAH – KUALA LUMPUR
 
Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida’ sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang telah ditetapkan.
 
SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH.
 

Sila tinggalkan pertanyaan anda disini, kami akan balas secepat mungkin.
Nama*  
Nama Syarikat  
Produk Berminat  
Kuantiti  
Emel*  
No. Telefon*  
Nama Penerima  
Alamat Penghantaran  
Mesej*  
   

Tukar ke versi mobile